15 Julai 2005

XSPF Web Music Player

Kalau korang nak tau nie ler XSPF Web Music Player... ia adalah web music player pertama yang mengguna HTML untuk jenis website PHP. Player nie juga boleh juga digunakan didalam Website ataupun Blog korang nnti. Player nie hanya boleh create HTML music player yang berformat MP3 dan WAV sahaja. kalau korang nak create HTML music player nie, korang perlu mencari page URL yang ade lagu dulu, seperti page yang ade senarai download lagu. Dan satu lagi Player nie menyediakan perkhidmatan WEBJAY untuk page URL lagu korang sendiri. WEBJAY adalah gudang mengumpul lagu bagi URL page lagu yang korang nak search nnti.

kalau korang nak tahu tentang XSPF Web Music Player, nie lebih lanjut try masuk website nie >>> http://musicplayer.sourceforge.net/

Bagi korang nak create XSPF Web Music Player nie, cuba masuk website nie >>> http://www.smoothouse.org/smoothouse/webjay.asp

Kalau Korang nak hantar Comment klik kat sebelah nie >>>

_________________________________

14 Julai 2005

TrendyFlash

TrendyFlash adalah program designer berbentuk flash...ia merupakan mcm program Macromedia Flash jugak...tapi program nie lagi mudah, cepat, senang... tapi yang tak best nyer, program nie adalah trial jer...kalau sesape ade duit banyak boleh ler beli program nie...try masuk kat website nie >>> http://www.trendyflash.com/

Bagi korang ingin mencuba dulu, bolehlah download secara percuma kat bawah nie...

TrendyFlash Desktop Site Builder - Trial Download!TrendyFlash Desktop Intro Builder - Trial Download!
Kalau Korang nak hantar Comment klik kat sebelah nie >>>

_________________________________

 

13 Julai 2005

Best giler!!

CrystalXP adalah satu-satunye software berbentuk Theme kat komputer korang, dan boleh bertukar-tukar bermacam-macam jenis Theme yang diminati. CrystalXP nie juga boleh bertukar-tukar Icon, background dan banyak lagi kat komputer korang nnti. kalau korang nak tau software nie memang best giler, kalau korang nak download pastikan komputer korang pakai WindowsXP dulu, bagi sesape yang berminat bolehlah download kat website nie..>>> www.crystalxp.net

Kalau Korang nak hantar Comment klik kat sebelah nie >>>

_________________________________

12 Julai 2005

Xara 3D Memang Mudah 

Kalau korang nak tau nie ler Xara 3D Sampler, memang mudah nak buat create Font/Banner 3D....simple jer...x ader serabut... x payah nak design penat-penat kat photoshop...cube korang create tengok...memang senangkan,...ikut suke hati korang nak create berape banyak (sampai lebam)...ok...selamat mencube........ untuk maklumat lebih lanjut try masuk website nie >>> http://www.xara.com

Kalau Korang nak hantar Comment klik kat sebelah nie >>>

_________________________________

11 Julai 2005

E-Kamus dah keluar

ALAF TERAS telah membangunkan perisian e-Kamus yang direka khusus untuk pencarian makna dengan lebih efektif pada awal tahun 2000.

Bagi korang yang ingin mencuba terlebih dahulu perisian e-kamus ini, ALAF TERAS telah menyediakan program demo e-kamus yang merupakan e-Kamus Edisi Pelajar yang lengkap. Namun ia hanya boleh digunakan sebanyak 15 kali sahaja. kalau korang nak guna lame2 register ler dulu pakai SMS. Untuk maklumat yang lebih lanjut >>> http://e-kamus.com.my 

Program Demo e-Kamus Download sekarang!
Versi: Demo Saiz: 5.76 MB

Kalau Korang nak hantar Comment klik kat sebelah nie >>>

_________________________________

11 Julai 2005

Internet Browser Bahasa Melayu

Kalau Korang nak nak tahu nie ler Internet Browser dalam Bahasa Malaysia. Mempunyai kemampuan untuk menyekat lamanweb lucah, kemudahan email, WordPad, Composer ala FrontPage, Kalkulator Saintifik dan FTP. Ia telah diuji di makmal komputer dan serasi di platfrom Windows 98/Me dan XP. kalau nak download klik kat bawah nie... kalau nak download lg software anak melayu design >>> klik kat sini

Zul Explorer
Versi: 2005 Saiz: 113.28 Kb
 

Kalau Korang nak hantar Comment klik kat sebelah nie >>>

_________________________________

10 Julai 2005

50webs.com Free Hosting, Paling Sempoi!

Kalau korang nak tau website aku nie pakai hosting 50webs.com. Hosting nie menyediakan perkhidmatan free space 60MB, free Unlimited Bandwidth, & no adds. Hosting nie memang laju antara hosting yang lain aku jumpe... kalau korang nak tau lebih lanjut ker nak register ker boleh masuk kat website hosting nie >>> www.50webs.com

Kalau Korang nak hantar Comment klik kat sebelah nie >>>

_________________________________

10 Julai 2005

Pemacu cakera keras terbesar di dunia

HITACHI DESKTAR-7k500 Pemacu cakera keras terbesar di dunia iaitu 500 GB yang mampu menyimpan 85 jam rakaman video. Ia menggunakan antaramuka IEEE1394 (FireWire), USB, atau eSATA. Ia juga akan dikeluarkan dalam bentuk pemacu luaran.

 

by : Angah Komputer