Pengenalan

Setiap komputer yang baru dipasang akan melalui proses 'Power-on Seft Test' terlebih dahulu. Jika pemasangan dan perkakasan berkeadaan baik, konfigurasi BIOS dapat dilakukan terhadap komputer tersebut, tetapi jika sebaliknya komputer akan memberi beberapa ataupun komputer tidak akan berfungsi. Apabila komputer boleh melepasi 'Power-on Seft Test (POST)' bermakna komputer telah dipasangkan dengan betul . Jika proses ini berjaya dilalui, barulah konfingurasi Bios dilakukan, dimana bertindak untuk menyerasikan semua perkakasan yang dipasang dalam sesebuah komputer.
BIOS merupakan suatu program asas bagi sesebuah komputer yang dibina untuk menyelaraskan sistem komputer dimana sebagai perantaraan komponen-komponen komputer menghantar dan menerima data. Dalam Toturial ini, konfigurasi BIOS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian asas dan bahagian aksoseris. Bahagian asas merupakan bahagian yang penting untuk komputer berfungsi dengan baik dan bahagian aksoseris pula adalah bahagian pilihan dimana ianya digunakan sekiranya ianya perlu serta memerlukan kepakaran untuk dikonfigurasikan.

Bagi tutorial ini, Papan Induk yang digunakan adalah jenis INTEL SR440X 810E Slot 1 ATX dan menggunakan BIOS jenis AwardBios.

Konfigurasi Asas

konfigurasi Asas mempunyai 8 langkah. Langkah-langkah ini penting bagi memulakan komputer yang baru dipasang. Ikutilah langkah demi langkah berpandukan gambarajah yang diberikan.

Langkah 1
Konfigurasi tarikh dan masa. Gunakan kekunci {+}, {-}, {Page Up}, {Page Down} untuk mengubah nilai dan anak panah untuk menggerakkan menu pilihan. Konfigurtasi ini penting bagi memastikan sistem masa dan tarikh dalam komputer betul dan tepat.

Langkah 2
Pastikan 'IDE Primary Master' adalah Pemacu Cakera Keras yang pertama akan dibaca oleh komputer, sebagai contoh, gambarajah diatas.

IDE Primary Master - Pemacu Cakera Pertama (Utama)
IDE Primary Slave - Pemacu Cakera Pertama ('Sampingan')
IDE Secondary Master - Pemacu Cakera Kedua (Utama)
IDE Secondary Slave - Pemacu Cakera Kedua ('Sampingan')

Dalam Komputer pemacu cakera yang akan dibaca adalah mengikut:
IDE Primary Master > IDE Primary Slave > IDE Secondary Master > IDE Secondary Slave

Oleh itu, pastikan 'IDE Primary Master' merupakan pemacu cakera keras yang akan dijadikan sebagai 'Boot Disk'.

Langkah 3
Pastikan 'Drive A' dikesan seperti rajah diatas dimana nilai 1.44MB merupakan nilai kapasiti pemacu dan 3.5" merupakan sais pemacu tersebut.

Langkah 4
[Video] untuk konfigurasi jenis unit paparan, pastikan EGA/VGA bagi unit paparan terkini.
[Halt On] ianya dikonfigurasikan bergantung kepada pengguna.

Konfigurasi Aksesori

Konfigurasi Aksesori ini merupakan sub menu dan menu-menu pilihan yang tidak diterangkan mengikut langkah-langkah yang diberikan dalam konfigurasi Asas.Dalam konfigurasi aksesori ini, ianya perlu diketahui atau difahami kepentingannya (untuk pengguna yang mahir sahaja) dan disediakan beberapa pautan yang berkaitan dengan Konfigurasi Aksesori.

Laman Wen Lanjutan

www.windrivers.com 
sysopt.earthweb.com 
webopedia.internet.com 
www.ping.be/bios 
www.abios.com/awdcmos1

Soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan BIOS

1. Apakah yang harus dibuat sekiranya masa dan tarikh sentiasa berubah pada sistem komputer?
Masalah ini biasanya adalah disebabkan oleh bateri pada papan induk dimana ianya mungkin lemah dan tidak capai tahap optimun bateri. Oleh itu, bateri harus ditukarkan dengan menggantikan jenis yang sama iaitu nombor bateri yang sama serta saiz yang sama (biasanya sebesar duit syiling 20 sen).

2. Setiap kali apabila komputer dihidupkan, pada permulaan paparan di skrin diberikan mesej 'CMOS battery low' dan dituruti dengan mesej 'Press F1 to enter CMOS setup' ?
Masalah ini sama dengan persoalan 1, iaitu biasanya adalah disebabkan oleh bateri pada papan induk dimana ianya rosak dan tidak berfungsi. Oleh itu, bateri harus ditukar dengan menggantikan jenis yang sama iaitu nombor bateri yang sama serta sais yang sama (biasanya sebesar duit syiling 20 sen).

3. Kenapa komputer yang baru dipasang tetapi sistem komputer kerap menghadapi masalah tergantung 'Halt' ketika sedang memprogram 'w'indows' atau sedang menggunakan perisian windows ?
Masalah ini biasanya berlaku apabila ada masalah kerosakkan perkakasan atau komponen komputer itu sendiri. Ia juga boleh berlaku apabila CPU salah dikonfigurasikan dimana ia menyebabkan 'Over heating' atau 'Over Clock' atau CPU 'low system'.Oleh itu, cuba rujuk kepada CPU atau rujuk kepada kotak pembungkusan CPU dimana maklumat-maklumat untuk mengkofigurasikan pada BIOS tercatat. Bagi papan induk terkini, CPU dikesan secara automatik dan tidak perlu diubahsuaikan tehadap kelajuan CPU dan dibahagian 'Frequency/ Voltage Control' atau 'CPU Frequency' . Jika ianya tidak mempunyai konfigurasi untuk mengubah konfigurasi CPU dalam BIOS maka ianya perlu merujuk manual untuk papan induk dan konfigurasi harus dilakukan pada papan induk.

4. Kenapa komputer sentiasa memamparkan mesej 'Press F1 to enter CMOS setup' selepas sahaja komputer melalui POST (Power On Self Test) dan memberi mesej 'Keyboard Error' atau 'Mouse Error' atau 'Floppy Disk Error' dan lain-lain lagi?
Masalah ini biasanya berpunca dari pemasangan perkakasan di penyambungan. Oleh itu pastikan penyambungan dibuat adalah berkeadaan baik serta kemas. Jika ini masih tidak dapat diselesaikan maka kebiasaannya perkakasan mempunyai masalah dari segi kerosakkan perkakasan atau kerosakkan pada penyambungan (Connector) di bahagian penyambungan (Connector) papan kekunci atau penyambungan (Connector) tetikus atau penyambungan kabel riben pada pemacu cakera liut dan bergantung kepada mesej yang diberikan.