Bekas (Casing)

Bekas (Casing) merupakan kulit komputer bagi Unit Pemprossan Pusat. Di dalam bekas ini mempunyai Papan Utama, Kad Paparan, Memori Secara Rawak, Pemacu-pemacu dalaman, Bekalan Kuasa dan aksesori komputer.

Monitor

Perkataan “Monitor” telah mula digunaan oleh syarikat IBM yang bermakna sebuah unit paparan (display devices). Dalam bahasa latin pula perkataan “Monitor” ini bermakna “untuk panas”(to Warm). Perkataan monitor ini kekal digunakan hingga sekarang. Pada asasnya monitor adalah sama seperti TV tetapi TV mempunyai beberapa litar tambahan yang tidak terdapat pada monitor.

Hard Disk

Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan. Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer pada masa sekarang. Pemacu ini ada banyak jenama dan jenis.

Pemacu DVD

Pemacu DVD (Digital Versatile Disc, ) sepertimana yang diketahui ia merupakan Pemacu Video Cakera Digital . Ianya mula diperkenal pada tahun 1996 dan kegunaannya lebih kepada wayang gambar (Movie) dan penyimpanan data. Pemacu DVD ini akan mengantikan Cakera Padat, Cakera Laser and VHS dalam semua aplikasinya.

Pemacu Cakera Padat (CD-ROM)

Pemacu ini merupakan salah satu daripada alat untuk memasukkan data ke dalam komputer. Pemacu ini hanya dapat membaca memori sahaja dan tidak boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras.

Pemacu cakera padat baca sahaja ini lebih dikenali sebagai "CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory)"

 

Pemacu Baca / Tulis / Baca-Tulis

Pemacu Baca/Tulis/Baca-Tulis (CD-RW) merupakan alat yang dapat digunakan sebagai penyimpan maklumat dan dapat menggantikan Pemacu Cakera Liut kerana ianya dapat menyimpan kedalam cakera padat dengan saiz yang besar dan sehingga 680MB bagi setiap cakera padat tetapi ianya bergantung kepada jenis cakera padat yang digunakan.

 

Kad Paparan

Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut.

Papan Induk

Papan induk (Mainboard) merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian bawah casis unit system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan “fiberglass” yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar elektronik (electronic circuit).

Unit Pemprosesan

Unit Pemprosessan Pusat (Mikroproses) boleh dianggap sebagai "Pusat Saraf" bagi sistem komputer. Ia merupakan bahagian yang paling rumit dan berkuasa dalam mikrokomputer / Komputer Peribadi. Mikropemproses ini terdapat dalam bentuk Litar Bersepadu yang berjumlah berjuta-juta litar di dalamnya. Unit Pemprosessan Pusat ini mempunyai pelbagai jenama antaranya Intel Pentium, AMD, Cyric, dan lain-lain lagi.

RAM (Ingatan Secara Rawak)

RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litar bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi program atau data yang boleh dibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.

Tetikus

Tetikus ialah satu alat yang digunakan dengan menggunakan tangan untuk menggerakkan penanda (kursur) keseluruh bahagian 'skrin monitor'. Rekabentuk tetikus ini terdiri daripada satu bola berat yang diperbuat daripada getah yang akan berpusing bila tetikus digerakkan. Tetikus mempunyai 2 hujung penyambungan diantaranya adalah jenis 'serial port' dan 'PS/2'.

Papan Kekunci

Dalam penggunaan komputer, langkah pertama sebelum dapat menggunakan ianya perlukan dimasukkan data ke dalamnya. Pelbagai cara untuk memasukkan data ke dalam komputer contohnya cakera liut, modem, tetikus , pengimbas ataupun daripada komputer utama daripada network, tetapi cara yang paling banyak digunakan adalah dengan memasukkan data melalui papan kekunci. Di Malaysia papan kekunci (Keyboard) mempunyai 2 jenis iaitu papan kekunci P/S2 dan papan kekunci Normal.