Pengenalan

Rangkaian Komputer

Komputer Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan erti kata lain untuk membolehkan perkongsian secara elektronik. Rangkaian komputer boleh wujud dalam bentuk:

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

Rangkaian Kawasan Bandar(MAN)

Rangkaian Kawasan Luas(WAN)

Tatasusun komputer dalam Rangkaian Kawasan Setempat boleh wujud dalam dua keadaan:

peer-to-peer

client-server

 

Rangkaian Kawasan Setempat

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) merupakan kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti sebuah makmal, sesebuah sekolah atau bangunan.

Dalam konfigurasi tipikal LAN, salah sebuah komputer dijadikan sebagai fail pelayan (file server) yang berfungsi untuk menyimpan semua perisian yang mengawal sistem rangkaian tersebut. Semua komputer yang disambungkan kepada fail server ini dikenali sebagai stesen kerja (workstation). Komputer stesen kerja terdiri daripada komputer biasa spesifikasinya rendah daripada komputer server dan juga mungkin mempunyai perisian-perisian pada cakera kerasnya.

Kabel digunakan untuk menghubungkan LAN melalui Kad Rangkaian yang dipasang pada setiap komputer.

Sila lihat tutorial tentang Topologi, Pengkabelan, dan Perkakasan untuk maklumat lanjut tentang konfigurasi LAN

 

Rangkaian Kawasan Bandar

Rangkaian Kawasan Bandar (MAN) meliputi kawasan geografi yang lebih luas seperti sebuah daerah atau bandar. Rangkaian Kawasan Meluas menyambungkan beberapa Rangkaian Kawasan Setempat dalam sesuatu tempat untuk membolehkan perkongsian maklumat dilaksanakan. Universiti tempatan dan agensi-agensi kerajaan menggunakan Rangkaian Kawasan Meluas untuk berhubung dengan dengan masyarakat lain dan "private industries".

Salah satu contoh MAN ialah MIND Network yang terletak di Pasco County, Florida yang membolehkan perhubungan antara Pusat Media Pasco dengan Pusat Kerangka Utama dengan menggunakan talian telefon, kabel sepaksi, dan juga pembekal komunikasi tanpa wayar.

 

Rangkaian Kawasan Luas

Rangkaian Kawasan Meluas (WAN) meliputi kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara dan dunia. Untuk mewujudkan WAN memerlukan sistem pangkabelan yang merentasi laut atau dengan penggunaan gelombang mikro atau satelit.

Penggunaan WAN membolehkan komunikasi antara negeri dapat dilaksanakan dengan cepat. Sekolah-sekolah di Malaysia boleh berhubung dengan sekolah-sekolah di luar negara dalam jangkamsa beberapa minit sahaja.

Konfigurasi dalam WAN adalah kompleks dan memerlukan perkakasan pemultipleksan (multiplexer) untuk menghubungkan LAN dan MAN bagi tujuan capaian ke Rangkaian komunikasi menyeluruh seperti Internet.

Kepada pengguna, WAN tidak banyak berbeza dengan LAN dan MAN

 

Perkakasan

Pengenalan

Perkakasan rangkaian terdiri daripada komputer, peralatan, kad rangkaian dan lain-lain perkakasan yang diperlukan untuk membolehkan komunikasi dan pemprosesan data.

Fail Server

Fail server dalam sistem rangkaian merupakan nadi yang menghidupkan keseluruhan rangkaian dalam sistem rangkaian pelanggan-pelayan (client-server). Fail server merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi, mempunyai jumlah memori dan ruang storan yang besar, kad rangkaian yang laju. Sistem Operasi Rangkaian (Networking Operating System - NOs) dipasang pada komputer ini beserta dengan perisian aplikasi dan fail-fail data yang perlu dikongsi oleh stesen kerja.

Komputer Server / Fail Server berfungsi untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod dalam rangkaian. Sebagai contohnya, fail server mungkin diperlukan untuk menghantar perisian pemprosesan perkataa kepada satu stesen kerja, menerima fail pangkalan data dari stesen kerja yang lain pula, dan pada masa yang sama menyimpan mesej mel elektronik. Keadaan ini memerlukan komputer berkuasa tinggi yang berupaya menyimpan maklumat dan membolehkan perkongsian sumber dengan cepat. Spesifikasi komputer untuk fail server bergantung kepada fungsi server itu sendiri.

 

Stesen Kerja

Semua komputer yang dihubungkan dengan fail server dalam rangkaian dikenali sebagai stesen kerja (workstation). Stesen kerja tersebut dilengkapkan dengan Kad Rangkaian, perisian rangkaian, dan kabel yang sesuai. Pada dasarnya stesen kerja tidak memerlukan cakera liut atau cakera keras kerana fail boleh disimpan pada komputer server. Namun begitu, pada masa kini terdapat banyak stesen kerja yang mempunyai cakera liut dan cakera keasnya sendiri kerana harga komputer yang semakin murah.

 

Kad Rangkaian

Kad Rangkaian (Networking Interface Card) merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. Kebanyakan kad rangkaian dipasang pada slot tambah dalam komputer, namun begitu terdapat juga komputer seperti Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui port bersiri atau port SCSI (Small Computer System Interface). Komputer pangku (laptop computer) mempunyai kad rangkaian yang terbina dalam atau yang menggunakan slot PCMCIA.

Kad rangkaian merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan "performance" sesebuah rangkaian. Oleh itu dicadangkan supaya pilihlah kad rangkaian yang cepat/laju (fastest) yang terdapat di pasaran. Kelajuan kad rangkaian yang terdapat di pasaran adalah 10Mbps, 100Mbps, 10/100Mbps dan 1000Mbps (1Gbps).

Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu Kad Ethernet, LocalTalk connectors, dan Token Ring Cards. Mengikut kajian yang dijalankan oleh International Data Corporation, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring dan LocalTalk (Sant'Angelo, R. (1995), Netware Unleashed, Indianapolis, IN: Sams Publishing).

 

Peralatan

Peralatan yang perlu digunakan adalah seperti:
Crimping Tool:

Crimping tool adalah alat yang dibunakan untuk mengepit wayar UTP ke penyambung RJ45
Cables Tester:

Cable Tester digunakan untuk menguji sambungan kabel sama ada betul atau tidak. Isyarat LED digunakan sebagai penanda.

 

Hub/Switch

Hub/Switch merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian. Hub/Switch digunakan dalam topologi bintang bersama dengan kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cables).

 

Pengulang / Repeaters

Peranti antara-rangakaian yang digunakan untuk menambah jarak maksimum satu-satu LANs.
Pengulang akan mengambil semua isyarat yang sampai kepadanya, segarkan semula, dan menghantar kesemuanya pada LANs yang seterusnya.
Pengulang berfungsi pada Lapisan Satu OSI dan tidak menyekat data-data yang tidak diperlukan termasuk data-data yang rosak.

Satu contoh terbaik penggunaan pengulang ialah di dalam LANs yang menggunakan topologi bintang dengan kabel UTP Kategori 5 (Unshielded Twisted-Pair Categori V). Jarak maksimum kabel ialah 100 meter sahaja.

 

Jambatan / Bridges

Jambatan/Bridges digunakan untuk menghubungkan dua LAN yang sama protokol komunikasi / alamat rangkaian (Ethernet-Ethernet, Token ring-Token Ring). Bridge beroperasi pada Lapisan Dua OSI. Berikut adalah beberapa kegunaan bridge:
Bridge berkeupayaan menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya. Sebagai contoh sekiranya terdapat dua LAN, iaitu LAN 1 dan LAN 2. Walaupun semua stesen kerja menghantar data, tetapi salah satu stesen kerja di LAN 1 menghantar ke LAN 2, maka hanya data dari stesen kerja tersebut sahaja dibenarkan melalui bridge. Dengan kaedah ini bridge dapat mengurang trafik di dalam LAN.
Di samping itu setiap bridge mempunyai keupayaan asas, iaitu learn, filter dan forward.
Remote Bridge boleh digunakan untuk menghubungkan dua LANs yang berjauhan.
Bridge menjadikan dua LAN yang disambung menjadi satu rangkaian (mempunyai nombor rangkaian yang sama).

 

Router / Pengulang

Router juga digunakan untuk menghubungkan antara LAN tetapi yang berbeza protokol komunikasi / alamat rangakaian. Ciri-ciri router adalah seperti berikut:
Router boleh menentukan laluan mana yang terbaik untuk dilalui sekiranya terdapat lebih daripada satu laluan.
Router hanya perlu mengetahui rangkaian yang dilalui sahaja berbeza dengan bridge yang perlu mengetahui semua alamat nod yang ada dalam rangkaian.
Router beroperasi pada Lapisan Tiga OSI.
Pada kebiasaannya router digunakan untuk menyambung LANs yang besar dan juga untuk mengbungkan LAN dengan WAN.
Router berkeupayaan membawa maklumat kepada dua protokol yang tidak sama (Ethernet - Token Ring, dan sebagainya).
Membawa maklumat melalui kabel fiber optik, kabel sepaksi, dan kabel pasangan terpiuh (twisted pair).
Membawa maklumat merentasi topologi bus, star dan "star-wired" ring.

Sekiranya sekolah anda mempunya Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan ingin membuat sambungan ke Internet, maka anda perlu membeli router. Dalam keadaan ini, router berfungsi sebagai penterjemah antara maklumat dalam LANs dan Internet.

 

Tamat...