1. |
Berwaspada dengan sumber memindah terima. Selain di tapak Web penciptanya, perisian yang sama juga boleh ditemui di tapak Web awam atau persendirian. Sebaik-baiknya, pindah terima dari sumber bereputasi kerana ia mungkin mengimbas perisian itu untuk mengesan virus dan ancaman lain. Biarpun ada tapak Web tidak bereputasi yang menyediakan program yang anda cari-cari, namun tiada jaminan sumber itu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengesan parasit yang 'menumpang' perisiannya.
|
2. |
Pastikan anda memang perlukan perisian berkaitan. Antaranya, pelbagai fon berbeza, demo permainan, screen saver, dan sebagainya yang mungkin tidak diperlukan. Jika anda hanyut dan tenggelam dengan bahan-bahan dipindah terima seperti ini, jangan keberatan untuk membuangnya (uninstall). Biasanya, jika anda tidak menggunakan program tersebut selama sebulan, anda tidak akan menggunakannya lagi. |
3. |
Jika sesuatu perisian itu memang perlu, cuba dapatkan daripada sumber yang menyediakan sokongan teknikal untuk penggunanya. Sesetengah tapak Web pencipta atau pembekal menyatakan dengan jelas komitmen mereka terhadap sokongan teknikal lepas jualan. Ini termasuklah menyatakan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi. Ini boleh membantu jika perisian yang digunakan itu bermasalah. |
4. |
Baca perjanjian penggunaan sebelum memasang perisian. Ini berkaitan dengan undang-undang kerana anda mungkin menemui perkara yang tidak dijangka. Contohnya, pengguna yang memasang aplikasi Kazaa mendapati PC mereka terdedah kepada risiko 'dirampas' ketika tidak digunakan untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian aplikasi tersebut. Risiko ini mungkin 'terselindung' dalam perjanjian.
|
5. |
Baca ulasan sesuatu perisian itu sebelum mencubanya. Apa sahaja perisian yang ingin dipindah terima sepatutnya telah diulas oleh sumber yang bereputasi. Walaupun ulasan ini bukan satu jaminan sesuatu itu berfungsi dengan baik, namun ia setidak-tidaknya dapat meyakinkan anda untuk memindah terima. |
6. |
Jangan keberatan untuk membuang program yang mendatangkan masalah. Sebaik-baiknya singkirkan secepat mungkin. Jika dibiarkan, masalah itu mungkin menjadi lebih buruk. Mana-mana program yang 'degil' boleh dibersihkan dari sistem dengan bantuan utiliti pembuang (uninstall) yang lebih berkesan. |
7. |
Singkirkan sisa fail yang tinggal. Contohnya, sisa fail DLL dan yang berkaitan Registry. Saki-baki fail ini jika dibiarkan mungkin boleh menyebabkan masalah kelak. Jika fail tersebut sukar untuk dikesan dan dibuang, gunakan pogram yang boleh melaksanakan tugas ini dengan cepat, berkesan dan selamat. |
8. |
Gunakan perisian Ad-aware (www.lavasoft.de/). Penggunaan perisian percuma ini disyorkan kerana ia dilaporkan mampu mengesan aplikasi pengintipan Spyware dan Adware dalam sistem atau rangkaian. |