::: Perkakasan :::

Tip memilih papan kekunci & tetikus terbaik

 Papan kekunci dan tetikus merupakan gandingan dua peranti input yang lazim digunakan dan saling melengkapi antara satu sama lain sebaik sahaja PC dihidupkan.

  Biasanya, sebuah komputer peribadi (PC) gagal dikendalikan dengan baik jika tidak dilengkapi dengan peranti input yang sesuai. Kebanyakan aplikasi dan aktiviti pengkomputeran terkini juga memerlukan peranti input yang lebih baik dan fungsi lebih canggih.

  Melihat kepada barisan produk yang terdapat di pasaran, pengguna berpeluang memilih mana-mana model, dari asas hingga yang lebih canggih. Papan kekunci dan tetikus tidak lagi terikat dengan reka bentuk yang standard, sebaliknya ada yang dilengkapi bebutang fungsi lebih banyak. Selain mengekalkan model dengan standard PS/2, model dengan standard USB juga ada, dan yang terkini model tanpa menggunakan wayar.

  Seperti yang kita ketahui, kedua-dua peranti input ini memiliki komponen mekanikal yang boleh bergerak. Pada papan kekunci, komponen bebutangnya (contohnya, spring) akan bergerak apabila ditekan, manakala pada tetikus melibatkan pergerakan bebutang, roda (jika ada), bebola dan ‘roller’ di bahagian bawahnya. Ini merupakan faktor yang mempengaruhi prestasi peranti ini, terutamanya apabila ia sudah lama digunakan.



Reka bentuk tetikus terdapat dalam pelbagai bentuk :-

a. CORDLESS MOUSE
Menggunakan cahaya infra merah yang dihalakan kepada pengesan yang disambung kepada komputer. Tidak seperti tetikus lain, ia memerlukan bekalan kuasa daripada bateri yang boleh dicas semula dengan alat pengecas yang dipanggil cradle. Contoh : The Z-NIX CORDLESS SUPER MOUSE.

b. OPTICAL MICE

Tidak mempunyai bahagian yang boleh digerakkan bergantung kepada cahaya lampu daripada “Light Emiting Diode (LED)” yang bertindak balas daripada lapik tetikus yang bergaris-garis timbul.


c. OPTOMECHANICAL MOUSE
Merupakan tetikus yang paling ramai menggunakannya. Terdiri daripada 1 butang, 2 butang dan 3 butang. Ia menggunakan bebola yang berfungsi untuk menggerakkan pengesan pemutar mekanikal seperti juga LED dan “photosensor” untuk membaca dan mentafsir pergerakan data.

d. TRACKBALLS
Diilhamkan daripada lubang tetikus. Memaparkan bahagian bawah tetikus apabila diterbalikkan. Pengguna hanya perlu menggerakkan permukaan tapak tangan di atas bebola tersebut. Bebola seperti ini sangat berguna apabila berada dalam kawasan yang terhad seperti berada di dalam kapal terbang. Penggunaannya juga cepat dan mudah dibawa.

e. MOUSE PEN
Tetikus yang unik. Bentuknya seperti sebatang pen. Pengguna hanya perlu memegangnya seperti sebatang pen dan hanya perlu menolak matanya seperti penggunaan tetikus yang lain.

f. SKRIN SENTUH
Merupakan sejenis monitor yang sensitif kepada sentuhan untuk mengaktifkan sesuatu arahan mengikut pilihan pengguna.


Panduan Sebelum Membuat Pilihan

1. Kali pertama anda menggunakan papan kekunci berciri ergonomic mungkin sedikit kekok. Tetapi jika sudah biasa, ia lebih mudah digunakan. Selepas beberapa hari, lengan dan tangan akan mula rasa serasi dan selesa. Bagi tetikus pula, pilih yang beroda kerana ia memudahkan pengendalian aplikasi tertentu seperti aplikasi pemprosesan kata dan peluncuran internet. Roda ini memberikan kawalan lebih mudah.
2. Bagi kebanyakan pengguna PC desktop, mereka mungkin keberatan untuk membeli papan kekunci dan tetikus jenis USB. Tetapi, ini mungkin berbeza bagi mereka yang sering menggunakan komputer jenis notebook. Ini kerana ramai yang tidak gemar menggunakan peranti penunjuk sedia ada untuk tempoh yang lama. Jadi, penggunaan tetikus kecil USB yang senang dibawa ke mana-mana sesuai digunakan.
3. Jika anda menggemari permainan komputer, anda boleh mendapatkan tetikus yang mampu memberikan tindak balas lebih baik, kadar imbasan dan kelajuan penyambungan lebih tinggi. Kini sudah terdapat model tetikus optikal yang menawarkan kadar imbasan yang tinggi dan sambungan pantas kepada sistem. Ini penting kerana permainan komputer memerlukan tindak balas yang pantas daripada pemain.
4. Bagi pengguna yang menggemari grafik berkomputer, faktor resolusi lebih diutamakan. Resolusi tetikus kian terjejas apabila peranti itu sudah dimamah usia. Ini berpunca daripada mekanisme penjejakannya yang kian tercemar. Sebagai gantinya, anda boleh menggunakan tetikus laser (tanpa bebola). Ini kerana prestasinya tidak mudah terjejas biarpun persekitaran kerja anda banyak dicemari partikel yang halus.
5. Pemilihan papan kekunci yang dilengkapi bebola atau komponen peluncuran tertakluk kepada cita rasa masing-masing. Sesetengah orang mendakwa lebih selesa jika dapat menyentuh komponen tersebut dan begitulah sebaliknya. Komponen ini sebenarnya adalah alternatif untuk menjadikan tulang dan otot tangan lebih selesa ketika mengawal PC, meluncuri internet dan mengendalikan permainan komputer.
6. Meskipun tetikus PS/2 adalah standard bagi kebanyakan PC ketika ini, namun ia bukan satu kemestian untuk memilikinya. Tambah pula jika anda menggunakan PC lama yang masih menggunakan tetikus jenis bersiri. Jika tetikus bersiri itu sudah tidak boleh digunakan, dan pada masa yang sama anda masih setia dengan PC lama, maka tetikus jenis bersiri ini masih perlu digunakan selagi ia dijual di pasaran.
7. Bagi yang meminati tetikus tanpa wayar, ia amat menarik dan ada keistimewaannya tersendiri. Ia mudah dan dapat mengelakkan dari masalah tali pintal. Ia menghubungkan pada komputer anda dengan radio (lebih baik dari inframerah) dan kuasa dua biji bateri AAA. Terdapat tiga versi tetikus berbutang. Iaitu, tetikus yang mempunyai butang untuk ibu jari (bagi pengguna kanan). Butang itu boleh diubah mengikut perubahan sistem berbeza.