::: Web Tips Pilihan :::

Laman-laman web menarik berkaitan dengan video game
 
   Atari merupakan satu nama besar dalam dunia video game. Pada tahun 1972, Atari telah memperkenalkan permainan Pong yang sangat terkenal sehingga menjadi 'best selling item' pada tahun 1975 ketika musim cuti sekolah. Atari seterusnya mengeluarkan konsol video game yang dikenali sebagai Atari 2600 yang telah menjadi asas kepada konsol video game yang terdapat pada hari ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Atari, layarilah laman http://www.atarihq.com/
 

   Walaupun Atari dianggap sebagai pelopor kejayaan video game, tetapi ia bukanlah pencipta kepada teknologi ini. Sebaliknya, video game yang mula-mula sekali dibangunkan untuk tujuan komersil ialah Computer Space yang telah dibangunkan oleh Nutting Associates pada tahun 1971. Walaubagaimanapun, Nutting Associates dan Atari mempunyai kaitan rapat kerana Atari telah diasaskan oleh orang yang membangunkan Computer Space ini iaitu Nolan Bushnell. Untuk mengetahui sejarah tentan video game dan juga game untuk PC, anda boleh berkunjung ke laman ini http://www.icwhen.com/ dan http://www.videotopia.com/.
 
   Nintendo, satu lagi nama besar dalam dunia video game telah menggariskan beberapa konsep yang juga menjadi asas kepada infrastruktur video game pada masa ini misalnya penggunaan pad kawalan serta membangunkan video game yang khusus serta serasi dengan sistem teater rumah misalnya boleh dihubungkan ke TV dan radio yang sedia ada. Nintendo Gameboy merupakan sistem permainan yang paling berjaya di dunia dengan lebih daripada 100 juta unit terjual di seluruh dunia. Anda boleh mengetahui spesifikasi video game seperti GameCube dan permainan yang ditawarkan menerusi laman rasminya iaitu http://www.nintendo.com/.
 
   Dreamcast keluaran Sega adalah dipercayai konsol pertama yang membenarkan pengguna bermain secara online kerana ia mempunyai modem terbina di dalam. Majalah terkemuka Popular Science telah mengiktiraf Dreamcast sebagai produk yang paling inovatif pada tahun 1999. Sega ketika ini lebih menumpukan kepada pembangunan perisian game di mana game yang dibangunkan serasi dengan kebanyakan platform video game seperti PS2, Xbox dan GameCube. Bagi mendapatkan maklumat tentang Sega, anda bolehlah berkunjung ke laman rasminya iaitu www.sega.com/index.html dan maklumat tentang Dreamcast di http://www.planetdreamcast.com/.
 
   Nama Playstation memang cukup gah sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia. Playstation terkini iaitu PS2 merupakan video game yang pertama sekali menggunakan pemain DVD. Grafik yang menarik serta jumlah game yang begitu banyak terdapat di pasaran menjadikan ia cukup popular. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Playstation, layarilah laman http://www.playstation.com/. Ataupun, boleh juga berkunjung ke laman-laman berikut di mana ada boleh mendapat reviu dan previu sesuatu game dan game-game yang mendapat top ranking di http://www.world-of-playstation.com/, http://www.psxmax.com/ dan http://www.psx2.com/. Bagi peminat setia Xbox, anda boleh mendapatkan berita dan maklumat mengenainya di http://www.planetbox.com/, http://www.xboxaddict.com/ dan http://www.xbox365.com/.
 
   Ahaaa! Jangan lupa tentang Tetris! Tetris merupakan permainan yang sangat popular dalam dunia game dan boleh dikatakan evergreen sepanjang zaman. Anda boleh melawat laman rasminya iaitu http://www.tetris.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.